3 Peluang Bisnis Online Percuma di Malaysia

Berbanding dengan perniagaan konvensional, permulaan bisnis online tidak memerlukan banyak modal. Malah, terdapat banyak perniagaan di luar sana yang tidak mempunyai modal sama sekali.

Seorang individu yang berilmu akan sentiasa mencari jalan untuk memanfaatkan perkhidmatan percuma dari internet. Dengan kehadiran pelbagai kemungkinan yang tiada batasnya, berikut adalah beberapa cadangan untuk bisnis online yang boleh anda mulakan daripada jumlah modal yang kecil kepada tanpa modal!

1. Blogging [restrict]

Jika anda mempunyai pengetahuan mengenai subjek yang melibatkan proses menghasilkan sesuatu, atau kaedah melakukan sesuatu, blog adalah pilihan mudah untuk bermula. Terdapat banyak laman blog-hosting yang tersedia.

Anda boleh membuat persediaan blog dengan mudah dari laman web seperti WordPress. Sekiranya anda mempunyai masa, pertimbangkanlah untuk membuat laman web anda sendiri dan mendapatkan sumber untuk perkhidmatan hosting.

Blogging tidak memerlukan wang dan tidak terhad kepada kandungan bertulis. Foto, video dan apa-apa jenis kandungan boleh digunakan selagi ia berkaitan dengan bidang tumpuan perniagaan anda.

Walaupun ia boleh diperkatakan mudah untuk tergoda memilih bidang tumpuan perniagaan, yang digunakan secara meluas oleh orang ramai, ia adalah lebih baik untuk memilih sesuatu yang secara umumnya, anda minati. Ini adalah kerana, peluang penglibatan diri dalam kerja serta kualiti prestasi anda, akan ditingkatkan.

Terdapat 3 cara utama yang boleh anda gunakan untuk memperoleh wang daripada blogging. Ini termasuk, iklan bayar per klik, rangkaian iklan, dan pemasaran sekutu. Anda boleh memilih untuk memberi tumpuan kepada satu atau ketiga-tiga sekali, mengikut kesesuaian anda. Walau bagaimanapun, sentiasa pastikan bahawa kandungan anda tetap tulen dan disiarkan secara teratur.

2. Video dalam talian

Jika anda menginginkan You Tube untuk menjadi usaha besar anda yang seterusnya, anda hanya memerlukan sebuah kamera video yang mudah dikendalikan serta bakat untuk mengambil gambar atau rakaman yang menarik dan unik. Dengan rakaman yang berjuta-juta dan jumlah pengguna yang melebihi satu bilion, You Tube telah berkembang membentuk pasaran sendiri.

Kunci untuk berjaya dalam usaha perniagaan You Tube, adalah daripada mengenal pasti masalah, dan kemudiannya, menghasilkan video sebagai tindak balas untuk memenuhi keperluan itu.

Apabila tibanya kepada urusan kewangan, pendapatan daripada iklan adalah cara yang digunakan oleh para pemuat video pada You Tube, untuk membuat keuntungan. Sebaik sahaja saluran video anda mencapai jumlah jangkauan yang tertentu, You Tube akan memberikan anda pilihan untuk membolehkan pengewangan. Ini akan memaparkan iklan AdSense pada video anda. Anda akan dibayar setiap kali seorang penonton mengklik pada iklan-iklan ini.

YouTube telah mencapai jumlah pengikut dan pengguna yang cukup besar. Ia telah pun sampai kepada tahap di mana, nama jenamanya tidak lagi asing dalam kalangan penduduk kebanyakan kawasan bandar. Dengan itu, walaupun adanya elemen daya saing, kemungkinan untuk mendapatkan wang dari YouTube tetap ada, selagi anda menyediakan kandungan berkualiti secara konsisten.

3. Drop Shipping

Perniagaan dropship dalam talian tidak memerlukan anda untuk mengekalkan inventori produk yang besar atau mengendalikan sebarang penghantaran. Ini dapat menghapuskan kos kewangan dengan ketara, dan turut menyelamatkan anda daripada risiko inventori yang besar. Sebenarnya, anda tidak perlu menghasilkan atau menyimpan produk sama sekali.

Sebaliknya, anda akan bekerja dengan syarikat-syarikat yang melakukan dropshipping. Caranya adalah seperti berikut:

1. Senaraikan produk untuk dijual pada platform runcit atau laman web.
2. Apabila pelanggan membuat pembelian, anda akan membeli produk daripada pihak ketiga untuk harga yang lebih rendah.
3. Dropshipper anda akan menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda.

Kedengaran mudah kan? Dengan kaedah ini, anda dapat menumpukan perhatian terhadap mempelbagaikan produk anda. Kos operasi perniagaan anda, juga akan kekal rendah. Ini mungkin kedengaran terlalu baik untuk menjadi kenyataan, namun, kaedah ini turut mempunyai beberapa kelemahan.

Sebagai langkah pertama, pastikan bahawa anda menggunakan sumber yang sedia ada dengan berkesan, supaya mendapatkan dropshipper yang bereputasi. Sekiranya pesanan pelanggan anda terlambat, atau terdapat kerosakan pada produk, anda akan bertanggungjawab.

Selain itu, disebabkan ada ramai orang yang melakukan perniagaan ini, margin keuntungan anda berkemungkinan lebih rendah. Jadi, langkah penting yang seterusnya adalah untuk memasarkan jenama anda dengan baik. Pastikan produk anda ditandai dengan label peribadi anda. Ini dapat membantu untuk mengurangkan persaingan yang terpaksa anda hadapi di pasaran.

Dengan perniagaan dalam talian, pencarian untuk pasaran khusus yang menguntungkan boleh menjadi rumit. Oleh itu, adalah disarankan supaya teruskan mencari trend dengan mengikuti senarai buku laris daripada laman web runcit.

Juga, anda tidak semestinya perlu mengehadkan diri kepada usaha tunggal. Perniagaan dalam talian yang cemerlang, akan memahami bahawa, untuk mencapai kejayaan, kombinasi usaha yang berbeza amat diperlukan untuk menguatkan satu sama lain. Pada masa yang sama, anda juga boleh mencari keuntungan menerusi usaha-usaha yang berbeza, sebagai langkah keselamatan bagi membantu anda untuk terus bertahan pada masa yang susah.

Pesanan yang boleh anda membawa pulang adalah:

Meskipun perniagaan dalam talian tidak memerlukan modal untuk dimulakan, pengumpulan dana akan banyak membantu anda. Kebolehan mengiklankan produk dan perkhidmatan juga merupakan kelebihan yang berguna untuk mengembangkan perniagaan anda dengan cepat.

Strategi pemasaran yang terancang akan meningkatkan potensi perniagaan anda untuk terus berdaya saing. Baca dengan lebih lanjut mengenai, cara untuk memulakan perniagaan kecil anda hari ini!

[/restrict]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *