Tiga Cara Peruncit Fizikal Boleh Tetap Menang Dalam Era Pendigitalan Peruncitan

Table of Contents

 

Peralihan peruncitan fizikal kepada arena digital, kini merupakan trend yang semakin meningkat di pentas dunia. Ini telah menyebabkan para peruncit tertanya-tanya sama ada masa depan bidang peruncitan, adalah; dalam talian.

Ia tidak dapat dinafikan bahawa dunia sedang bergerak ke arah pendigitan. Namun, masih terdapat banyak alasan untuk mempercayai bahawa kewujudan kedai runcit fizikal masih boleh berkekalan.

Langkah strategik yang diambil oleh kebanyakan kedai runcit tradisional untuk mengekalkan kestabilan daya saing adalah; pengambil alihan kedai runcit dalam talian kecil yang mempunyai potensi daya saing yang lemah.

Walaupun langkah ini mampu menghapuskan konsep peruncitan tradisional sama sekali, terdapat juga peruncit yang percaya dalam penggabungan kedai retail fizikal dan dalam talian.

Kedai runcit yang menawarkan pilihan untuk membeli produk dalam talian dan melakukan pengutipan produk pula daripada kedai fizikal, memiliki kelebihan untuk memperoleh keuntungan daripada jualan silang.

Misalnya, kebanyakan syarikat Telco membolehkan pengguna untuk membeli telefon pintar mereka dalam talian dan melakukan pengutipan daripada kedai fizikal mereka.

Di kedai fizikal, jurujual akan menggalakkan pelanggan untuk membuat pembelian pelengkap seperti pelan, insurans dan juga selongsong untuk telefon pintar mereka.

Ini adalah untuk memastikan bahawa pelanggan boleh mendapatkan pengalaman pembelian yang lebih menyeluruh.

Kebanyakan peruncit fizikal biasanya menganggap bahawa langkah penggabungan kedai runcit dalam talian dan fizikal adalah kunci kejayaan untuk mengekalkan perniagaan yang berkembang maju dalam pendigitalan peruncitan.

Walau bagaimanapun, ia tidak semestinya berlaku.

Malah, terdapat tiga cara peruncit fizikal boleh tetap menang dalam era pendigitalan peruncitan.

1. Memaksimumkan Kadar Kehadiran Pelanggan

Faktor nombor satu yang membezakan kelebihan kedai runcit fizikal daripada kedai runcit dalam talian adalah peluang untuk memaksimumkan kadar kehadiran pelanggan.

Peruncit tradisional dapat melancarkan promosi dengan serta-merta dalam bentuk poster yang boleh menarik perhatian pelanggan untuk terus mengunjungi kedai mereka.

Kaedah promosi fizikal adalah lebih strategik dari segi peletakan produk di dalam kedai.

Hal ini demikian kerana poster-poster ini dapat dilihat tidak kira di mana seseorang itu berada dan juga tidak memerlukan seseorang untuk memiliki akses dalam talian.

Titik antara penglibatan visual dan pembelian produk untuk kedai fizikal adalah lebih cepat. Ini meningkatkan potensi kadar kehadiran pelanggan dan keuntungan.

2. Interaksi Langsung Dengan Pelanggan [restrict]

Pendekatan layan diri yang digunakan oleh peruncitan dalam talian memerlukan pelanggan untuk mencari kategori produk, maklumat produk dan melakukan transaksi pembelian secara diri sendiri.

Manakala, kedai fizikal tradisional menawarkan faedah untuk mendapatkan bantuan manusia sepanjang perjalanan pembelian pelanggan.

Sebagai pelanggan, kebolehan memperoleh pembantu jualan untuk membantu anda mengenal pasti keperluan anda, keutamaan anda, serta untuk memberikan interaksi yang memuaskan adalah penting.

Ini dapat memberikan para pelanggan pengalaman pembelian yang lebih baik.

Lama kelamaan, faktor ini turut menggalakkan kesetiaan pelanggan serta meningkatkan kemungkinan pelanggan untuk mencadangkan produk anda kepada orang lain.

3. Peluang Merasai Produk Dalam Realiti

Kedai runcit fizikal juga memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pengguna dalam soal penerimaan produk yang sepadan dengan apa yang dilihat terlebih dahulu sebelum pembelian.

Masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna kedai runcit dalam talian adalah produk tidak mempunyai persamaan dengan apa yang dilihat.

Antaranya adalah saiz dan warna produk yang salah dan juga penerimaan produk yang langsung tidak sama dengan produk yang dipesan.

Membenarkan pelanggan untuk melihat, merasa dan mencuba produk dalam realiti adalah kelebihan yang besar untuk peruncit tradisional.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan behawa kedai-kedai runcit dalam talian turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Antaranya adalah; mengatasi batasan geografi, menghapuskan masa perjalanan dan kos, membolehkan perbandingan kedai, mencari produk dengan lebih cepat, kekal terbuka pada bila-bila masa dan menjimatkan masa pelanggan daripada beratur panjang.

Kekurangan Kedai Runcit Dalam Talian

Adalah penting untuk mengingati bahawa kedai runcit dalam talian turut terdedah kepada masalah teknikal dan masalah-masalah dunia digital.

Pengekalan platform dalam talian memerlukan pelaburan yang besar. Banyak pelan yang ditawarkan oleh kebanyakan blog atau web host adalah mahal.

Sebagai contoh, pelan perniagaan yang ditawarkan oleh WordPress ialah USD $ 300 setahun yang memberikan jumlah sebanyak RM1221.36 setahun.

Lebih-lebih lagi, pengurusan prasarana, penampilan tapak, pemasaran produk, perkhidmatan serta kandungan memerlukan seseorang untuk belajar sendiri kaedah operasi perisian dan peralatan dalam talian.

Ini boleh menjadi cabaran yang agak sukar kepada peruncit yang tidak mempunyai kemahiran untuk mengendalikan teknologi.

Kedai dalam talian juga boleh menjadi mangsa kepada ancaman dan penipuan keselamatan seperti pencerobohan virus dan penggodaman.

Isu-isu teknikal seperti “downtime server” yang bermaksud kegagalan sistem, akan menjejaskan pelanggan yang sedang mengakses sesebuah kedai runcit dalam talian.

Ini akan memberikan kesan yang negatif terhadap potensi jualan serta potensi untuk memperoleh pasaran pelanggan.

Tindakan yang boleh anda mengambil:

Sebagai peruncit tradisional, cara untuk kekal berdaya saing dalam era digitalisasi ini adalah untuk mengikuti trend yang sentiasa berubah dan teruskan pencarian untuk penyelesaian baru.

Pastikan anda konsisten dalam mencari peluang untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembatasan perkhidmatan yang efisien.

Akhir sekali, kebolehan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan adalah kriteria yang paling utama setiap peruncit harus memiliki.

[/restrict]

The FMCG Marketer's Guide to First-party Data Collection

Share this article:

Other articles